CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 13, 2008

BANYAK SUBJEK BUKAN SATU BEBANAN - AZALI

Datuk Seri Hisyamudin amat berpuas hati dengan pencapaian keputusan SPM

AZALI di samping ibu bapanya, Rozita dan Azlan Othman pada majlis pengumuman pelajar cemerlang SPM di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Mengambil 21 mata pelajaran dan seterusnya mendapat keputusan 20 1A, 1 2A, membuatkan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan, 18, berjaya mencipta rekod baru pendidikan negara.
Formulanya, dia tidak pernah rasa terbeban dengan setiap subjek yang dipilih dan menganggapnya satu kepuasan diri.
"Saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil dan keputusan cemerlang ini hasil kerja keras saya.
"Resipi kejayaan saya biasa saja. Saya belajar seperti biasa dan tidak ada istilah belajar ikut jadual kerana itu hanya buat saya tertekan," kata anak pasangan guru ini yang ditemui selepas pengumuman keputu- san SPM di sini semalam.
Selain itu, berpuasa dan menjadi- kan amalan memakan kurma, meminum madu serta susu sepanjang menduduki peperiksaan menjadi amalan Azali dan sudah lama ia dipraktikkan di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah.
Sementara itu, ibunya, Rozita Sanapi, 46, mengakui pada mulanya, beliau bimbang apabila diberitahu anaknya yang mahu mengambil 21 subjek dalam SPM.
"Sokong tidak, larang pun tidak. Ada pro dan ada kontra. Tapi dalam masa yang sama saya percaya dia mampu lakukan," kata- nya yang bertugas sebagai guru di SMK Dato' Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Azali yang mendapati 2A bagi subjek Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi ini bercita-cita menjadi seorang profesor dalam bidang genetik dan pemegang Anugerah Nilam Kebangsaan tahu n lepas.
Seorang lagi pelajar cemerlang iaitu 16 1A ialah Quek Khai Ren, 18, dari SMK Hwa Lian, Mentakab, Pahang.
Anak kedua daripada empat adik- beradik itu memberitahu, tujuan asalnya memilih 16 subjek ialah kerana sebelum ini pernah mengunju- ngi pameran pendidikan dan mendapati biasiswa bagi pengajian di kolej mudah untuk didapati sekira- nya mendapat keputusan lebih dari- pada 11 1A.
"Dari situlah saya buat keputusan ambil 16 subjek dan dalam masa yang sama, saya terfikir yuran kolej swasta sangat mahal dan saya mempunyai adik-adik lain.
"Bagi saya, kepuasan belajar adalah dengan menggunakan biasiswa yang diterima dan bapa boleh terus- kan tanggungjawabnya menyara adik-adik yang lain," ujarnya yang bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom atau Amerika Syarikat.
Selain Azali dan Khai Ren, seorang lagi pelajar cemerlang yang cacat penglihatan, Loh Wei Song, 17, juga berjaya memperoleh keputusan 6 1A, 2 2A.
Bagaimanapun, dia yang berseko- lah di SMK Baru Lintang, Sarawak tidak hadir.
Pada majlis yang sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimud- din Mohd. Dom berkata, seramai 6,247 orang calon SPM 2007 berjaya dengan cemerlang apabila memperoleh gred A dalam semua subjek yang diduduki berbanding 5,685 orang calon pada 2006.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 5,060 atau 81 peratus merupakan calon sekolah kerajaan berbanding tahun 2006 seramai 4,311 atau 75.8 peratus dan berlaku peningkatan sebanyak 5.2 peratus.

1 comments:

abdullah hj muhammad noor said...

Penulis kurang memberi penerangan terhadap isi. Beliau banyak memetik kata-kata hasil daripada temuramah. hal sedemikian menyebabkan pembaca kekurangan maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki.
Teks ini juga terlalu ringkas pembaca semestinya akan tertanya-tanya tentang isi @ kupasan selanjutnya tetapi malangnya kerana teks ini hanya memberi maklumat asas. Selain itu,teks yang disampaikan terlalu ringkas walhal ianya merupakan berita yang boleh dikatakan hangat menjelang musim keputusan peperiksaan diumumkan.
Penulis juga hanya menceritakan tentang latar belakang pelajar cemerlang tetapi tidak menceritakan pengalamn pelajar tersebut untuk dikongsi oleh para pembacanya.