CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

PERSEKITARAN PERNIAGAAN MALAYSIA TERUS MANTAP


Oleh KAMARULZAIDI KHAMIS
William H.J. Cheng.

KUALA LUMPUR 12 Mac - Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) yakin persekitaran perniagaan dan pelaburan di Malaysia akan terus mantap, walaupun berlaku perubahan landskap politik dalam negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
Presidennya, Tan Sri William H.J. Cheng berkata, walaupun hala tuju dasar perniagaan dan pelaburan, khususnya di beberapa negeri yang diterajui oleh pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, masih lagi belum pasti, beliau yakin aktiviti perniagaan dan pelaburan akan berjalan seperti biasa apabila semua kerajaan negeri berjaya dibentuk.
"Kami yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus mantap.
"Cabaran besar kita ketika ini adalah untuk mempelbagaikan eksport, khususnya dengan tumpuan kepada China dan India ..., supaya tidak terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mengalami kemelesetan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Peluang di Amerika Syarikat anjuran ACCCIM, di sini hari ini.
"Kita harus menerima hakikat bahawa memang akan timbul perubahan berikutan pilihan raya umum lalu, iaitu mungkin ada projek yang akan diteruskan dan ada yang mungkin tidak diteruskan.
Menurut Cheng, mana-mana kerajaan pun pasti akan berusaha memajukan negeri masing-masing bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Keputusan pilihan raya umum lalu tidak akan memberi kesan besar ke atas pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang," tambahnya.
Ketika melancarkan forum tersebut, Cheng berkata, walaupun AS ketika ini dilanda krisis gadai janji, namun negara tersebut kekal sebagai rakan dagang penting bagi Malaysia.
"AS selama ini telah menjadi rakan dagang terbesar bagi negara ini, yang mewakili sebanyak 16 peratus daripada keseluruhan dagangan Malaysia,'' katanya.

0 comments: